Sunday, October 2, 2011

'Saint' Patrick



 sesungguhnya, pintu toilet apartmen kami telah rosak mekanisme kuncinya beberapa minggu yang lalu


jadi sebagai pengganti, kami terpaksa menyendal pintu tersebut dengan baldi yang dipenuhi air, setiap kali timbul kesedaran bahawa melepaskan hajat dengan pintu terbuka luas adalah bukan tabiat gorila bertamadun. bayangkanlah apa akan berlaku seandainya pintu terbuka luas ketika anda sedang menikmati salah satu keperluan paling asas manusia mengikut Hierarki Keperluan Maslow? tambah memalukan sekiranya ada yang kekantoian dalam keadaan fapping tremor


itu pun pada hakikatnya tidak mencukupi, kerana urgensi yang anda alami mampu membuatkan anda menolak pintu tersebut dengan mudah walaupun telah disendal.

jadi sebagai penyelesaian dan tanpa perlu menambah dosa mengata orang lain, salah seorang dari kami iaitu encik Patrick telah mengambil inisiatif memasang selak sebagai menyahut hasrat kerajaan agar rakyat menjadi lebih kompetitif dan berdaya saing tanpa mengharapkan subsidi.


bukan Patrick kami

terima kasih kepada beliau :D


No comments: